MARC sah penarafan MARC2IS kepada BDB

Iklan
BDB terus menunjukkan prestasi yang baik meskipun negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

SHAH ALAM - Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC) telah mengesahkan penarafan MARC2IS kepada program Bina Darulaman Berhad (BDB) RM100 milion Islamic Commercial Papers (ICP) untuk tahun keempat.

Dalam tinjauan penarafan terbaharunya yang dikeluarkan pada Ogos 2021, MARC menyatakan bahawa penarafan tersebut menggabungkan kekuatan persaingan BDB untuk melakukan kontrak infrastruktur dan pembinaan awam di Kedah, tanah simpanannya yang tersedia untuk pembangunan hartanah dan baki tunai yang mencukupi.

Iklan
Iklan

Laporan MARC menyatakan BDB telah meneruskan pemulihannya meskipun terdapat persekitaran perniagaan yang mencabar pada tahun 2020 akibat wabak Covid-19.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Faris Najhan Hashim berkata, laporan MARC secara efektif mengesahkan strategi dan pelaksanaan pengurusan BDB untuk mewujudkan model perniagaan yang mampan bagi syarikat dan menghasilkan nilai jangka panjang kepada pemegang saham.

Iklan

"Hasil daripada strategi penyusunan semula yang berterusan ke arah keuntungan perniagaan jangka panjang, BDB telah menyelaraskan semula perniagaan terasnya menjadi dua bahagian teras iaitu bahagian Pembangunan Harta dan Kejuruteraan serta bahagian Pembinaan dan Kuari.

"Pendekatan ini diambil untuk menyatukan sumber dan fokus pada kecekapan teras BDB yang telah memberikan hasil dan terbukti penting bagi peningkatan prestasi kewangan Kumpulan dan daya saing pada tahun 2020 dan 2021,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, penetapan dasar dan hala tuju strategi oleh lembaga pengarah BDB dan pelaksanaan serta penyampaian polisi tersebut oleh pengurusan kanan BDB telah diselaraskan untuk memastikan penyampaian tujuan dan petunjuk prestasi utama (KPI) syarikat dalam persekitaran perniagaan yang sangat mencabar.

Beliau berkata, BDB akan meneruskan pengimbangan semula dan pengoptimuman operasi perniagaan utamanya untuk memastikan kelangsungan dan ketahanan Kumpulan sebagai sebuah entiti yang berdaya maju.

"Untuk mencapai hasil ini, lembaga pengurusan BDB komited mengamalkan proses membuat keputusan yang mantap dan bebas berkaitan dengan pelaburan projek berdasarkan data, pandangan dan pengalaman industri pasukan pengurusan," katanya.

Faris Najhan berkata, kejayaan program vaksinasi nasional yang sedang berjalan, permulaan aktiviti ekonomi dan perniagaan ditambah dengan permintaan yang tinggi untuk rumah mampu milik di Kedah akan menjadi dorongan bagi pertumbuhan baharu BDB dengan keadaan perniagaan yang bertambah baik dalam beberapa bulan dan tahun akan datang.