Lebih 5,000 sertai Malaysia#QuranHour di NS

Iklan
Antara anggota dan pegawai polis Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu yang menyertai Malaysia#QuranHour di surau IPD Jelebu pada Isnin.

SEREMBAN - Lebih 5,000 peserta menyertai program Malaysia #QuranHour, sama ada secara fizikal mahu pun dalam talian yang berlangsung pada Isnin.

Pengasas Rumah Ngaji Negeri Sembilan, Gharizah Hashim berkata, kelainan pada penganjuran program pada kali ini adalah ia berlangsung secara webinar dan serentak seluruh dunia di tempat masing-masing.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, program yang diadakan sempena ambang merdeka ini, diharap dapat memberi syafaat kepada seluruh umat Islam dalam mengharungi pandemik Covid-19 yang masih melanda seluruh dunia.

"Melalui program ini, semua pihak terlibat di seluruh dunia akan menghentikan aktiviti mereka seketika dan membaca al-Quran serta memahaminya melalui tadabbur selama sejam bermula jam 12 tengah hari hingga 1 petang.

Iklan

"Pada kali ini kita membawa solusi bacaan melalui Surah Al-Mulk dan tujuh surah Musabbihat sebagai formula menuju Malaysia Berbudi dan Penyayang, menjelang Hari Kebangsaan 2021," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Tambahnya, semua agensi awam, badan beruniform termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri, pihak swasta seperti Hospital Salam, pelajar kolej dan universiti serta komuniti setempat turut bersemangat menyertai program Malaysia #QuranHour ini.

Kakitangan Hospital Salam turut menyertai Malaysia#QuranHour pada Isnin.

Iklan

Program yang memasuki tahun ketujuh ini, berlangsung dari studio TV Al-Hijrah sebagai penyiar rasmi dengan membawakan solusi daripada Ilahi melalui Surah Al-Mulk dan tujuh surah Musabbihat sebagai formula menuju Malaysia Berbudi dan Penyayang, menjelang Hari Kebangsaan 2021.

Setiap tahun, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) sebagai penganjur utama akan memilih satu surah utama bagi misi #QuranHour.

Pada tahun ini Surah Al-Mulk yang bermakna kerajaan menjadi surah utama yang diangkat bagi membawa misi Malaysia Berbudi dan Penyayang.

World #QuranHour pada 6 Mei lalu, memfokuskan kepada Surah Al-Mulk dengan pengisian tentang tiga perkara iaitu keberkatan, ingat mati dan terus melakukan kebaikan (Ahsanu Amal).