Tiga lokaliti di Sarawak kawasan kawalan Demam Babi Afrika

Iklan
Bahagian Limbang, Kapit dan Miri di Sarawak diisytihar kawasan kawalan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) susulan penularan virus berkenaan di Sabah dan Utara Kalimantan di Indonesia.

KUCHING - Bahagian Limbang, Kapit dan Miri di Sarawak diisytihar kawasan kawalan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) susulan penularan virus berkenaan di Sabah dan Utara Kalimantan di Indonesia.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS), Dr Adrian Susin Ambud berkata, di bawah Seksyen 35(1) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999, orang awam tidak dibenarkan untuk memindah atau membawa babi hidup, daging atau hasil produk haiwan itu keluar dari kawasan kawalan.

Iklan
Iklan

"Orang awam juga tidak dibenarkan membawa masuk, jual beli secara dalam talian atau aktiviti kiriman pos sebarang daging babi atau hasil produknya tanpa permit, membeli atau menjual (secara fizikal atau dalam talian) atau menyimpan babi hutan dan babi hutan liar,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, tiada pampasan akan dibayar untuk sebarang babi atau hasil produk babi yang dirampas atau dimusnahkan di bawah seksyen ini dan kegagalan untuk mematuhi arahan tersebut akan dikenakan denda tidak melebihi RM1,000.

Iklan

Katanya, sekiranya terdapat sebarang keganjilan atau kelainan dalam kadar kematian ternakan di ladang ternakan, para penternak harus melaporkan terus kepada Pejabat Veterinar Bahagian terdekat atau boleh menghubungi talian WhatsApp 016-284 0918. - Bernama

Iklan