#PTPTNSediaBantu mudahkan urusan peminjam

Iklan
Sesi FB Live Khas bersama Ketua Eksekutif, Ahmad Dasuki Abdul Majid diadakan secara online di Facebook rasmi PTPTN.

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tampil dengan #PTPTNSediaBantu bagi menyebar luas pelbagai saluran yang lebih mudah, cepat dan selamat serta membantu peminjam untuk memahami dan menggunakan saluran yang ada dengan berkesan.

PTPTN berkata, #PTPTNSediaBantu merupakan inisiatif yang disediakan PTPTN untuk membantu dan memudahkan peminjam yang mempunyai sebarang pertanyaan atau urusan berkaitan bayaran balik pinjaman.

Iklan
Iklan

"Melalui kemudahan ini, peminjam boleh berhubung dengan barisan hadapan (fronliners) PTPTN untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam membantu menyelesaikan urusan atau menjawab persoalan melalui saluran yang telah disediakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada Jumaat, bagi memastikan peminjam mendapat informasi yang lengkap dan mutakhir serta mengelakkan berlaku sebarang kesulitan berkaitan urusan bayaran balik pinjaman, sesi FB Live Khas bersama Ketua Eksekutif, Ahmad Dasuki Abdul Majid telah diadakan secara online di Facebook rasmi PTPTN.

Iklan

Menurut PTPTN, terdapat lima kategori frontliners yang boleh dihubungi peminjam untuk berurusan dengan PTPTN tanpa perlu hadir ke kaunter PTPTN iaitu Careliners, Live Chat Agent, pegawai e-Aduan, eksekutif pemasaran dan pegawai media sosial.

"Dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 2, kaunter PTPTN pula beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, mulai jam 9 pagi hingga 1 petang. Pada setiap hari terdapat satu kaunter dibuka di setiap cawangan PTPTN dengan seorang pegawai bertugas dan terhad kepada 16 pelanggan.

Iklan

"Peminjam yang berhasrat untuk berurusan secara bersemuka di kaunter Pejabat PTPTN Negeri atau Cawangan PTPTN yang berdekatan perlu membuat janji temu secara dalam talian (online) selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh berurusan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Dasuki berkata, dengan adanya pelbagai kemudahan yang disediakan ini diharapkan dapat memanfaatkan peminjam PTPTN.

"Menerusi #PTPTNSediaBantu, kami telah menyediakan barisan frontliners yang sentiasa cakna dan mesra untuk membantu peminjam dalam menyelesaikan urusan berkaitan bayaran balik pinjaman.

"Menjelang Hari Kemerdekaan negara yang ke-64 ini, saya ingin ingatkan bahawa bayaran balik anda adalah nadi kepada generasi masa hadapan negara kerana lebih ramai masyarakat dapat melanjutkan pengajian ke menara gading dan meneruskan pembangunan serta kemajuan Malaysia,” katanya.

Maklumat lanjut berkaitan pelbagai kemudahan saluran terkini yang disediakan melalui #PTPTNSediaBantu layari portal rasmi di www.ptptn.gov.my.