SERAMAI 241 orang yang terbabit dengan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 telah dijangkiti Covid-19 sejak 12 Ogos lalu, lapor Agensi Anadolu.
Menurut laman web rasmi Olimpik, 11 kes baharu dilaporkan pada 30 Ogos, menjadikan jumlah kes meningkat kepada 241.
Seorang atlet adalah antara yang turut dijangkiti virus itu.
Kesemua mereka kini dikuarantin.
Iklan
Sukan Paralimpik 2020 akan berlangsung hingga 5 September. - Bernama
Iklan