Agrobank sumbang RM35,000 kepada mangsa banjir

Iklan
Penyerahan sumbangan misi bantuan Agrobank dan Komuniti disempurnakan oleh Norafiza Ani (dua dari kiri) kepada Jamali Kamal (tiga dari kiri) pada Isnin.

AGROBANK menerusi program perdananya, Agrobank dan Komuniti memberikan sumbangan bernilai RM35,000 berbentuk bantuan makanan dan keperluan asas kepada 200 keluarga yang terkesan akibat banjir kilat di Yan, Kedah.

Penanggung Tugas Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar berkata, selaras dengan slogan ‘Sentiasa di Sisi Anda’, Agrobank cakna dan prihatin terhadap kesukaran serta situasi semasa yang sedang dihadapi komuniti setempat di Yan susulan bencana alam yang berlaku beberapa minggu lalu.

Iklan
Iklan

"Sebagai sebuah institusi kewangan yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia, kami di Agrobank bertanggungjawab untuk membantu dan menghulurkan bantuan kepada mereka.

"Salah seorang warga kerja kami di Pusat Kredit Padi Agrobank turut terjejas akibat fenomena alam ini. Beliau merupakan salah seorang daripada 200 penerima yang mendapat manfaat menerusi misi bantuan pada kali ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Sesi penyerahan sumbangan itu disempurnakan oleh Ketua Bahagian Jualan dan Perkhidmatan Agrobank Wilayah Utara, Norafiza Ani Abdullah kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana di Dewan Dato’ Madi pada Isnin.

"Kotak sumbangan yang diberikan kepada penerima berupa makanan dan keperluan asas seperti makanan kering dan minuman, barang penjagaan peribadi, bantal, sejadah, telekung dan bahan pencuci,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, misi bantuan di Yan, Kedah itu merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Agrobank menerusi program Agrobank dan Komuniti yang dilancarkan dengan tujuan untuk mendekati serta menyantuni komuniti setempat di mana Agrobank beroperasi.

Sementara itu, Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Yan, Jamali Kamal amat berterima kasih kepada Agrobank di atas keprihatinan dan kerjasama yang diberikan dalam membantu mereka yang terkesan terutamanya ketika menghadapi situasi sukar pada waktu ini.