KUCHING - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengisytiharkan tiga kluster komuniti baharu dikesan, yang melibatkan rumah panjang masing-masing di daerah Meradong, Subis dan Tatau.
Menurut kenyataan JPBN pada Isnin, sejumlah 29 orang telah dikesan positif Covid-19 daripada 92 orang yang disaring melibatkan Kluster Sungai Ringin di Meradong.