PUTRAJAYA - Dasar-dasar Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) yang diperkenalkan pendahulu akan diteruskan, kata Menteri Wilayah Persekutuan baharu Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
"Dasar sedia ada akan diteruskan macam biasa," katanya dalam satu sidang akhbar selepas memulakan tugas secara rasmi di KWP di sini pada Isnin usai majlis sumpah jawatan di Istana Negara, Kuala Lumpur.