Lelaki maut terkena taji ayam sendiri

Iklan
Seorang lelaki meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius akibat terkena taji ayam miliknya semalam.

BINTULU - Seorang lelaki meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius akibat terkena taji ayam miliknya di sini semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang semasa aktiviti sabung ayam di sebuah ladang sawit persendirian di KM34, Jalan Bintulu-Miri dekat sini.

Iklan
Iklan

"Semasa melakukan aktiviti sabung ayam di tempat tersebut, seorang pemain telah diserang oleh seekor ayam miliknya sendiri dan telah terkena taji ayam yang dipasang pada kaki ayam tersebut menyebabkan dia mengalami luka di bahagian kaki dan pendarahan yang banyak.

"Lelaki yang berusia 42 tahun itu disahkan meninggal dunia semasa berada di Hospital Bintulu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Menurutnya, susulan itu Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu telah membuat tangkapan terhadap enam suspek yang disyaki terlibat dalam kes terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan dan Penganiayaan Terhadap Binatang 1952/Seksyen 269 Kanun Keseksaan selain disiasat di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021. - Bernama

Iklan