[VIDEO] Antivaksin kini menggelupur kerana tidak dapat makan di kedai

Iklan
Kaedah kawalan kendiri yang dilakukan oleh pemilik-pemilik premis ini nampaknya dapat membantu kita mengawal penularan Covid-19. Gambar hiasan 123rf.

NAMPAKNYA golongan antivaksin kini sedang menggelupur disebabkan peraturan yang menetapkan sesiapa yang tidak lengkap vaksin tidak boleh memasuki mana-mana premis.

Kaedah kawalan kendiri yang dilakukan oleh pemilik-pemilik premis ini nampaknya dapat membantu kita mengawal penularan Covid-19.

Iklan
Iklan

Perkara ini berlaku kepada salah seorang kenalan Merak Jalanan yang memang menolak untuk mengambil vaksin.

Menurut dia, vaksin ini adalah agenda tersembunyi pihak tertentu yang mahu melemahkan manusia di atas muka bumi ini.

Bagaimanapun, selepas kerajaan mengumumkan penerima dua dos vaksin diberikan kelonggaran menyebabkan dia sukar untuk menjalankan urusan seharian.

Ini menunjukkan pendekatan carrot and stick atau pemberian habuan dan dalam masa yang sama menghukum pihak yang tidak ambil vaksin ini berhasil.

Iklan

Berdasarkan kepada perkembangan semasa, sebanyak 61.9 peratus atau lebih 14.5 juta individu daripada populasi dewasa di seluruh negara sudah lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memaklumkan, penerima dos pertama pula adalah sebanyak 82.2 peratus atau lebih 19.2 juta orang.

Iklan

Ini bermakna 44.4 peratus daripada rakyat Malaysia sudah lengkap mendapatkan vaksin, sementara 58.9 peratus lagi populasi negara sudah mendapatkan suntikan dos pertama.

Semakin cepat penduduk Malaysia mendapat vaksin, maka semakin cepat kita semua akan bebas daripada cengkaman Covid-19.

Siapa yang tidak mahu hidup normal kembali walaupun pada hakikatnya kita masih perlu menjaga prosedur operasi standard yang dapat menjamin agar kita tidak mudah dijangkiti.

Justeru, kita amat berharap semua pihak terus memainkan peranan supaya kita dapat capai imuniti kelompok dengan segera.