Covid-19: Kes positif dunia hampiri 217 juta, korban 4.5 juta

Iklan

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 seluruh dunia ketika ini menghampiri 217 juta, berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 38.9 juta kes.

Iklan
Iklan

Ini diikuti India dengan lebih 32.7 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.7 juta kes manakala negara yang melebihi angka 6 juta kes adalah Perancis, Rusia, United Kingdom dan Turki.

Argentina melebih 5 juta manakala Colombia dan Sepanyol pula catat kes melebihi 4 juta.

Iklan

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.07 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 1.9 juta sementara Malaysia mencatatkan 1.72 juta kes dan Thailand dengan 1.1juta kes manakala Singapura merekodkan lebih 67,000 kes.

Iklan

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 4.5 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 638,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 579,000 kes, India lebih 438,000 kes dan Mexico lebih 257,000 kes.

Sementara United Kingdom kini catat lebih 132,000 kematian.

Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 92,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 84,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 132,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 33,000 diikuti Malaysia dengan 16,000 kes manakala Thailand dengan lebih 11,000 angka korban. - Awani