Ops Ambang Merdeka: Tiga penunggang motosikal ditahan

Iklan
Seorang penunggang motosikal melakukan aksi secara berbahaya.

KUALA LUMPUR - Tiga lelaki ditahan selepas disyaki menunggang motosikal secara berbahaya dalam Operasi Ambang Merdeka dan Samseng Jalanan di sekitar ibu negara di sini pada Isnin.

Operasi yang dijalankan di tiga lokasi membabitkan Jalan Sultan Ismail, Jalan Tun Razak dan Lebuhraya Duta–Ulu Kelang (DUKE) pada jam 9 malam hingga 3 pagi melibatkan lima pegawai kanan serta 30 anggota dari Unit Penguatkuasaan dan Risikan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, tiga penunggang motosikal berusia 17 hingga 21 tahun itu disyaki melakukan aksi aksi zig-zag, roket dan superman serta bersaing sesama sendiri di Lebuhraya DUKE.

"Mereka akan dituduh di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Iklan
Dua penunggang motosikal melakukan aksi secara berbahaya.

Sarifudin berkata, dalam operasi itu sebanyak 306 saman telah dikeluarkan di atas pelbagai kesalahan.

"Kita turut menyita lapan buah motosikal di bawah Seksyen 64 APJ 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos).

Iklan

"Motosikal yang disita itu akan diambil tindakan dan pemeriksaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan serta diarahkan mengubah ke struktur asal," katanya.

Beliau berkata, operasi sebegini akan diteruskan bagi membanteras sepenuhnya samseng jalanan di Kuala Lumpur.

"Kita turut menasihati kepada semua pengguna jalan raya agar mematuhi peraturan dan undang-undang di jalan raya," katanya.