Perkasa Islam capai erti kemerdekaan sebenar: Presiden Pas

Iklan
Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM - Malaysia perlu prihatin dalam memperkasakan Islam supaya negara dapat mencapai kejayaan yang sebenar dan memberi kebahagiaan kepada masyarakat majmuk negara ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, seluruh dunia menyaksikan tiada ajaran yang boleh menyelesaikan masalah masyarakat majmuk melainkan Islam.

Iklan
Iklan

Tambah beliau, negara tidak mengalami masalah pertembungan kaum yang berlaku di negara lain kerana nilai Islam masih ada dalam diri umatnya.

"Penjajah telah mengatur membentuk masyarakat majmuk dalam negara Malaysia ini. Mereka membawa pelbagai bangsa negara yang mereka jajah datang ke sini dengan tujuan membuat masalah.

Iklan

"Berlaku pertembungan antara satu sama lain. Namun, Islam berjaya diletakkan dalam Perlembagaan oleh mereka yang berjuang pada masa akhir sehingga kemerdekaan.

"Meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, ia sempurna dan membawa mesej untuk seluruh Malaysia bukan sahaja orang Islam, tapi bukan Islam,” katanya semasa Perutusan Khas Hari Kebangsaan di Facebooknya pada malam Isnin.

Iklan

Tambahnya, prinsip tidak ada paksaan dalam beragama adalah adil untuk semua supaya dapat mewujudkan masyarakat majmuk tanpa menjadi masalah.

"Ini satu keadaan positif yang perlu kita bina dengan sungguh-sungguh. Kita suburkan supaya dapat tunjuk kepada dunia kita boleh kumpulkan semua bangsa yang ada dalam dunia ini untuk bina negara Malaysia yang maju, adil dan hebat.

"Inilah prihatin yang perlu kita beri penekanan kepada kita memperingati kemerdekaan,” ujarnya.

Selain itu, Abdul Hadi berkata, erti merdeka bukan sahaja bebas daripada penjajah malah Malaysia perlu merdeka daripada pengaruh ajaran dan budaya negatif yang merosakkan masyarakat di negara ini.

Tambahnya, tema Malaysia Prihatin perlu memberi fokus kepada aspek tersebut agar kemerdekaan diisi dengan cara yang sebenarnya.

"Penjajah yang datang bukan sahaja menakluk tanah air malah mereka memperhambakan rakyat, mengangkut hasil bumi dan merosakkan pemikiran.

"Oleh itu, kemerdekaan hendaklah ditafsirkan dengan makna yang luas, bukan sekadar penjajah pulang ke negeri asal mereka.

"Prihatin mesti diberi dalam aspek ini supaya kemerdekaan diisi dengan cara yang sebenarnya dan bersungguh-sungguh. Kita menjadi bangsa yang hebat dan perkasa,” ujarnya.