Itali fokus Piala Dunia

Iklan
Itali mahu gegar Piala Dunia selepas muncul juara Euro baru-baru ini.

PENGENDALI Itali, Roberto Mancini mahu pasukannya mencari rentak lebih awal untuk menghadapi aksi Piala Dunia Qatar yang akan berlangsung tahun hadapan.

Mancini percaya Itali boleh terus meningkat ke tahap yang lebih baik selepas memenangi kejohanan Euro 2020 pada Julai lalu.

Iklan
Iklan

"Kami boleh meningkatkan keupayaan pasukan 14 bulan sebelum Piala Dunia bermula. Tiada yang berubah dan kerja keras akan tetap bermula daripada sekarang.

"Kami telah memenangi kejohanan Euro dan telah membuatkan diri kami dan 60 juta penduduk Itali gembira. Ini yang membuatkan kami sangat bangga dan fakta bahawa kami memberikan kegembiraan kepada semua orang.

Iklan

"Namun, kami ada lagi lima perlawanan kelayakan dan perlu melaluinya dengan berhati-hati. Apa yang penting ketika ini adalah kami perlu layak dan selepas itu baru fikirkan mengenai pusingan akhir Piala Dunia," katanya.

Ketika ini, skuad Azzurri tidak tewas dalam 34 perlawanan terakhir dan akan menyamai rekod dipegang Sepanyol dan Brazil jika tidak tewas dalam satu lagi perlawanan.

Iklan

Itali yang berada dalam kumpulan C juga telah menang kesemua tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia dan akan menentang Bulgaria pada 2 September, Switzerland pada 5 September dan Lithuania pada 8 September.

Dalam pada itu, Mancini turut menyifatkan pemain tengahnya, Jorginho layak untuk menjadi terbaik selepas dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan UEFA 2020,

"Dia telah menunjukkan persembahan terbaik untuk beberapa tahun dan dia telah memenangi segalanya bersama Chelsea dan Itali. Dia layak untuk anugerah tersebut," katanya.