4,500 anak penyu dilepaskan ke laut sempena Hari Merdeka

Iklan
Ruzaidi (kanan) bersama Azman ketika aktiviti pelepasan 4,500 anak penyu di Mak Mak Kepit, Pulau Redang pada Ahad.

KUALA NERUS - Sebanyak 4,500 anak penyu dilepaskan ke habitat asalnya di laut sebagai simbolik sempena meraikan sambutan Hari Kebangsaan negara yang ke-64 serta Tahun Pertanian Negeri Terengganu 2021.

Pengarah Perikanan Terengganu, Ruzaidi Mamat berkata, program pelepasan anak penyu yang dilakukan di Mak Kepit, Pulau Redang pada Ahad lalu bertujuan untuk memulihara hidupan marin berkenaan daripada mengalami kepupusan.

Iklan
Iklan

"Aktiviti pelepasan anak-anak penyu yang baru menetas merupakan aktiviti yang sering dilakukan bagi memastikan kesinambungan hidupan laut ini.

"Namun istimewanya program pelepasan anak-anak penyu yang dilakukan ini adalah kali pertama sempena meraikan sambutan Hari Kemerdekaan," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Iklan

Hadir sama, Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim.

Sebanyak 4,500 penyu dilepaskan ke habitat asalnya sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-64 dan Tahun Pertanian Negeri Terengganu 2021.

Selain pelepasan penyu, turut diadakan penyerahan Rumah Pekerja di Pusat Pemuliharaan Penyu di pulau berkenaan.

Iklan

Dalam pada itu, katanya, sehingga Julai lalu sebanyak 4,242 pendaratan penyu direkodkan di seluruh pantai di Terengganu dengan 1,408 dari sarang hasil pendaratan penyu terdapat di sekitar kawasan Mak Kepit.

Menurut Ruzaidi, aktiviti pelepasan anak-anak penyu itu dilakukan pada waktu senja bagi memastikan kesemua yang dilepaskan selamat pulang ke laut serta tidak menarik perhatian haiwan pemangsa.

"Daripada jumlah anak-anak penyu yang dilepaskan, terdapat segelintir akan kembali semua ke lokasi penetasan ini untuk bertelur.

"Kita harap kesemua penyu yang dilepaskan selamat di habitat asal dan akan kembali mendarat semula di sini," katanya.