CARACAS - Satu letupan bom berlaku pada Isnin di sebuah pondok polis di Cucuta, Colombia menyebabkan sekurang-kurangnya 13 orang cedera.
Menurut polis, letupan itu dipercayai berpunca daripada bom buatan sendiri yang ditinggalkan 'penjenayah' dekat dengan pondok berkenaan yang terletak berhampiran sempadan Venezuela, lapor Agensi Anadolu.