KUALA LUMPUR - Seramai 14,886,006 individu atau 63.6 peratus daripada populasi dewasa negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).
JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya pada Selasa memaklumkan, seramai 19,621,799 individu atau 83.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 34,490,572 dos.