Kereta terbang: Untuk pasaran pemain sektor pengangkutan

Iklan
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (belakang tengah) bersama pemenang Fun Run DT-X Run kategori Nuri Run pada Karnival Usahawan Durian Tunggal hari ini. - Foto Bernama

ALOR GAJAH - Pasaran utama kereta terbang yang akan dibangunkan di negara ini adalah syarikat perkhidmatan pengangkutan atau pemain sektor pengangkutan lain.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, pihaknya menerima banyak maklum balas positif, terutama dari syarikat antarabangsa, termasuk membabitkan aspek pembangunan prototaip dan pelan tindakan.

Iklan
Iklan

"Setakat ini banyak pihak menunjukkan minat terhadap pembangunan kereta terbang ini termasuk Grab yang bercadang menggunakan ia sebagai perkhidmatan teksi," katanya selepas menyempurnakan Karnival Keusahawanan Durian Tunggal 2019 di sini, hari ini.

Menurutnya, pasaran jualan komersial kepada orang ramai bukanlah sasaran pasaran kereta itu seperti tanggapan ramai selepas pengumuman pembangunan kereta itu.

Iklan

"Kereta terbang ini bukan untuk dijual kepada orang ramai, sama seperti pembangunan (kereta) Formula 1 dan kapal terbang. Orang ramai tidak beli kereta Formula 1 dan kapal terbang sebaliknya mereka naik kapal terbang itu.

Selasa lalu, media melaporkan Mohd Redzuan berkata, kereta terbang pertama Malaysia akan dipacu oleh teknologi tempatan, dengan prototaip kereta itu sudah ada dan dijangka diperkenalkan tahun ini.

Iklan

Mohd Redzuan yang juga Ahli Parlimen Alor Gaja berkata, pembangunan kereta terbang itu bakal menarik pelaburan luar dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan, terutama melibatkan bidang kejuruteraan.

"Rakyat di negara ini diminta memahami dan menerima usaha kerajaan terhadap pembangunan kereta terbang itu secara positif serta terbuka agar dapat bersaing dan setaraf dengan rakyat negara maju pada masa hadapan.

"Kereta terbang bukan perkara baharu, dan apa yang kita lakukan untuk merangsang pemikiran dan minda terutama bagi mereka yang mahu berusaha dan tahu pentingnya teknologi.

Sementara itu, menurutnya, pembinaan hospital di Semenyih oleh pelabur Bosnia bukan agenda politik sebaliknya ia usaha kerajaan membangunkan kawasan itu dan memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.

"Pelabur dari Bosnia itu yang membangunkan industri kesihatan di seluruh negara dengan jumlah 150,000 katil sehingga kini bercadang mengembangkan operasi mereka dengan membina hospital 150 katil di kawasan pinggir bandar berkenaan.

"Kita melihat ada keperluan untuk pembangunan hospital di Semenyih, dan akan memberi cadangan lokasi yang sesuai selepas mereka mengemukakan pelan pembangunan," katanya. - Bernama