Fahami kemerdekaan sebenar, perkukuh perpaduan nasional

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia khususnya anak muda perlu memahami erti kemerdekaan yang sebenar dengan menjadi rakyat bertanggungjawab, hormat menghormati dan memperkukuh perpaduan nasional.

Ketua Pemuda Pas, Senator Khairil Nizam khirudin berkata, sebahagian daripada masyarakat salah faham terhadap makna di sebalik terma kemerdekaan yang dilaungkan.

Iklan
Iklan

Tambahnya, mereka sengaja menyempitkan makna kemerdekaan dengan memberikan tafsiran yang menyimpang daripada hakikat sebenar kemerdekaan buat Malaysia.

"Mereka dengan dangkalnya telah memberikan tafsiran baru terhadap kemerdekaan dengan maksud bebas daripada segala jenis bentuk undang-undang, bersuara tanpa batasan dan bebas daripada segala prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara.

Iklan

"Sejak daripada Portugis menakluk Kota Melaka pada tahun 1511, pahlawan-pahlawan kita yang terdahulu telah berjuang membebaskan tanah air tercinta ini daripada cengkaman kuasa asing,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Beliau berkata, pejuang kemerdekaan negara terdiri dalam kalangan cerdik pandai, alim ulamak dan pemimpin masyarakat yang tidak pernah lelah berjuang walaupun penjajah datang silih berganti.

Iklan

Menurutnya, perjuangan tersebut membolehkan rakyat mewarisi kemerdekaan yang membentuk sebuah negara berdaulat berdasarkan oleh perlembagaan yang unik dan tersendiri.

"Alhamdulillah, kita kini bebas membentuk undang-undang negara sendiri, bebas mengamalkan kepercayaan agama masing-masing dan menjalani kehidupan seharian tanpa rasa bimbang dikawal oleh kuasa asing atau undang-undang rimba,” katanya.

Tambah Khairil Nizam, jati diri sebagai rakyat Malaysia mesti terus dikekalkan untuk mempertahankan kemerdekaan dan bersama-sama membangun ke arah negara yang lebih makmur, sejahtera dan berkebajikan.