Keluarga pesakit meninggal dunia di wad buat laporan polis

Iklan
Chitradevi menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sungai Petani pada Selasa.

SUNGAI PETANI - Keluarga pesakit yang meninggal dunia di lantai wad sebuah hospital di sini membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Petani bagi menyiasat punca kematian bapa mereka, K Ehambaram, 74.

Anak mendiang, E Chitradevi, 37, berkata, bapanya dimasukkan ke wad Hospital Lama di sini pada Khamis lalu akibat dijangkiti Covid-19.

Iklan
Iklan

Katanya, mereka kemudian menerima panggilan telefon daripada hospital kira-kira jam 3 petang pada Isnin yang memaklumkan bapanya meninggal dunia akibat pneumonia teruk.

"Tidak lama kemudian, saya menerima satu video melalui aplikasi WhatsApp yang dihantar seorang rakan pada jam 3.49 petang yang memaparkan bapa saya sedang merangkak dan jatuh ke lantai sebelum meninggal dunia dalam keadaan terlentang," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Iklan

Dia percaya bapanya masih sihat pada Ahad berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh pihak hospital ketika panggilan telefon dibuat.

"Ketika itu hospital memaklumkan bapa dalam keadaan sihat dan meminta kami menghantar makanan untuknya," jelas Chitradevi.

Iklan

Sehubungan itu, keluarga Chitradevi mengesyaki bapanya meninggal dunia akibat terjatuh dari katil atas kecuaian petugas kesihatan dan bukannya akibat pneumonia teruk.

"Laporan ini dibuat untuk memohon pihak polis menyiasat punca kematian dan kecuaian pihak hospital yang jelas terpapar dalam video yang tular berkenaan.

"Kami sekeluarga berasa sangat kecewa dan memohon satu bedah siasat diadakan untuk mengetahui punca kematian sebenar bapa kami," katanya.

Sementara itu, Presiden Malaysian Tamilar Kural, David Marshel berkata, beliau mengikut rapat perkembangan kes itu dan bersedia membantu keluarga mendiang dari segi guaman.

Pada Isnin, warganet dikejutkan dengan satu video memaparkan seorang lelaki warga emas yang merangkak di atas lantai sambil cuba berpaut pada katil untuk berdiri sebelum dilihat rebah.

Berdasarkan rakaman terbabit, menunjukkan seorang lelaki yang sangat lemah itu cuba berdiri dengan memaut pada katil pesakit lain dipercayai di wad yang menempatkan pesakit Covid-19.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo pada Selasa berkata, hasil siasatan yang dilakukan mendapati lelaki warga emas itu mempunyai sejarah sakit kronik dan menghidap Covid-19 kategori empat.

Menurutnya, sepanjang berada di wad, keadaan pesakit kurang stabil dan memerlukan bantuan oksigen yang semakin meningkat.

ARTIKEL BERKAITAN: JKN Kedah nafi biarkan pesakit Covid-19 mati di lantai hospital

Tular video warga emas merangkak sebelum rebah