MAHB lantik Berk Albayrak CEO ISGA

Iklan
Berk Albayrak

MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) melantik Berk Albayrak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi asetnya di Turki, Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen Istanbul (ISGA), berkuat kuasa 1 September.

CEO kumpulan, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, MAHB yakin Albayrak akan meneraju dan memperkukuhkan lagi kedudukan ISGA sebagai lapangan terbang bandar disokong isyarat pemulihan yang memberangsangkan oleh lapangan terbang itu dari segi pergerakan trafik.

Iklan
Iklan

"Baru-baru ini, ISGA berada pada kedudukan keempat bagi lapangan terbang paling sibuk di Eropah oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) dan mempamerkan pemulihan yang menggalakkan pada separuh pertama 2021 dengan mencatatkan 53 peratus jumlah pergerakan trafik penumpang pada tahap sebelum Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Pada April lepas, Albayrak dilantik sebagai pemangku CEO ISGA.

Iklan

Sepanjang 11 tahun berkhidmat di ISGA, beliau telah memegang pelbagai jawatan termasuk ketua pegawai operasi dan pengarah perkhidmatan teknikal.

Beliau yang merupakan jurutera awam dari segi profesion pernah berkhidmat sebagai pengurus jabatan Limak dan GMR Joint Venture, pengarah bahagian pembinaan DHMI Turkey serta penolong pengurus projek Baki Group of Companies. - Bernama

Iklan