ALOR SETAR - Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Kedah menggesa polis bertindak terhadap pemilik akaun Twitter yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Laporan dibuat oleh pemimpin PSSGM Kedah dan PSSGM Kuala Muda di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada Selasa terhadap status di Twitter itu yang didakwa menghina institusi beraja di negara ini.