Mangsa bencana Gunung Jerai imbau detik cemas digulung kepala air

Iklan
Abdullah (tengah) satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kejadian itu yang turut mengorbankan abang sulungnya Zainol Morad. - Foto Astro Awani

ALOR SETAR - Pengalaman selama 11 tahun dalam pasukan bomba sedikit sebanyak telah membantunya melepasi suatu ujian mengerikan.

Abdullah Morad, 56, sama sekali tidak menduga kemahirannya dalam teknik mengapungkan diri dan tidak panik ketika berada di dalam air, menjadi bekalan ikhtiar diri ketika tragedi hentaman deras kepala air di Titi Hayun, Yan pada 18 Ogos lalu.

Iklan
Iklan

Abdullah adalah satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kejadian menggemparkan itu. Namun, satu yang menjadi kenangan pahit adalah apabila perlu menerima ketentuan Yang Maha Esa, apabila nyawa abang sulungnya menjadi ganti.

Jasad Zainol Morad, 68, ditemui kira-kira 20 meter dari tempat Abdullah dijumpai tersangkut pada timbunan kayu.

Iklan