SETIU - Polis terus mengesan suspek yang mengikat pengawal keselamatan sebelum menebuk peti besi sebuah pasaraya di bandar Permaisuri di sini pada 15 November lepas.
Ketua Polis Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mohd Deris berkata, setakat ini pihaknya belum berjaya menahan suspek yang berjaya melarikan wang tunai kira-kira RM200,000 dari tiga peti besi.
Menurutnya, hasil siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh suspek bukan penduduk tempatan.
"Polis menjalankan siasatan dari pelbagai sudut dan diharapkan suspek akan dapat dikesan,” katanya.
Dalam kejadian tersebut, lima penyamun bersenjatakan parang memecah masuk sebelum mengikat pengawal keselamatan terbabit dalam kejadian kira-kira 1 pagi.
Suspek kemudian menebuk tiga peti besi yang terdapat di pejabat pengurusan pasaraya menggunak mesin canai sebelum berjaya melarikan wang tunai tersebut.
Sementera itu dalam perkembangan lain, seramai lapan anak–anak pegawai dan anggota Ibu Pejabat Daerah (IPD) Setiu terlibat dalam program berkhatan.
Mereka diarak mengelilingi kuarters polis menaiki sebuah kenderaan sambil diiringi kereta peronda di kawasna IPD berkenaan.
Rasa takut dan berdebar kanak-kanak itu hilang apabila mereka disirami air pancutan oleh anggota bomba.
Ketua Cawangan Khas IPD Setiu, Aniza Loman berkata, program berkhatan beramai-ramai itu adalah kali kedua diadakan di IPD itu.
Menurutnya, sebelum ini IPD Setiu mengadakan program Kem Bestari solat membabitkan 58 peserta selama dua hari.
"Diharapkan program yang disusun dengan rapi diketuai Ketua Polis Daerah itu dapat meningkatkan ikatan ukhwah warga IPD Setiu serta memberi ilmu yang berguna kepada anak anggota polis,” katanya.