Satun ambil contoh Muzium Layang-layang Pasir Gudang

Iklan
A Rahim (kiri), Zainor (dua,kiri), Cai Tung (tiga,kiri) dan Amat ketika menandatangani MoU antara MPPG dan Satun.

JOHOR BAHRU - Muzium Layang Layang Pasir Gudang akan dijadikan model atau contoh bagi pembangunan muzium pertama seumpama itu di Thailand.

Pengerusi Majlis Pelayang Malaysia, Datuk A Rahim Nin berkata, impian dinyatakan wilayah dari Thailand itu adalah susulan melihat keberkesanan fasiliti tersebut dalam menjadi ejen budaya dan kraf tempatan di negara ini.

Iklan
Iklan

"Menerusi perbincangan yang diadakan, pihak Satun bersetuju untuk membina sebuah muzium layang-layang mereka sendiri di sana (Satun).

"Daripada Majlis Pelayang Malaysia sendiri secara dasarnya menerusi Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) kami juga bersedia untuk memberikan kerjasama bagi membantu mereka merealisasikan muzium itu,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang media semasa merasmikan Majlis Perjanjian Persefahaman (MoU) antara MPPG dan Satun, Thailand di Muzium Layang-layang Pasir Gudang di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Pembangunan Wanita dan Pelancongan Johor, Liow Cai Tung; Yang Dipertua MPPG, Zainor Adani dan Ketua Pegawai Eksekutif Pentadbiran Wilayah Malaysia, Amat Supranee.

Iklan

Sementara itu, Cai Tung berkata, tujuan lain MoU itu ditandatangani adalah untuk mewujudkan persefahaman antara kedua-dua pihak dalam menjayakan penganjuran sirkit festival layang-layang sedunia.

"Sirkit berkenaan adalah membabitkan penganjuran Festival Layang Layang Antarabangsa berskala besar dengan penglibatan tiga negara iaitu Thailand, Malaysia dan Brunei.

"Kita berharap acara ini akan menjadi satu acara bersambungan antara satu sama lain, jadi ia mampu memberikan kedua-dua lebih ruang untuk berkongsi pendapat dan cadangan,” katanya.

Sementara itu, menurutnya, kerajaan negeri bersedia memberikan bimbingan dan komitmen untuk membantu Satun merealisasikan impian mereka melalui pembangunan Muzium Layang-layang Pasir Gudang.

"Kerajaan negeri juga bersetuju untuk melakukan proses menaik taraf dan membaik pulih fasiliti di muzium ini. Usaha ini adalah membolehkan fasiliti ini beroperasi dengan lebih baik,” katanya.