SEMENYIH - [LANGSUNG] Kiraan undi bagi PRK DUN Semenyih kini sedang berlangsung.
Keputusan tidak rasmi PRK DUN Semenyih setakat jam 6.50 petang ini menyaksikan calon BN Zakaria Hanafi mendahulu dengan 5,094 undi.
Calon PH, Muhammad Aiman Zainali pula kini memperoleh 4, 582 manakala calon Bebas, Kuan Chee Heng mendapat 183 undi dan Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) , Nik Aziz Afiq Abdul mendapat 211 undi.
7.00pm: BN terus mendahului dengan 8,543, PH: 7,854, Bebas: 323, PSM: 367
7.15pm: BN: 13,037, PH: 11,529, Bebas: 492, PSM: 536
7.30pm: BN: 16,636, PH: 14,414 Bebas: 601, PSM: 67. BN kini mendahului dengan majoriti 2,222.
8.00pm: Keputusan setakat ini menyaksikan calon BN mendahului dengan memperoleh 16,636 undi.
8.27pm: BN: 13,731, PH: 11,667, Bebas: 484, PSM: 559
8.42pm: Jumlah undi rasmi kini menyaksikan BN memperoleh 16,756, diikuti PH: 14,895, Bebas: 609, PSM: 674
Ia diikuti PH 14,414 undi, manakala Bebas 601 undi dan manakala PSM, 673 undi.
Keputusan tidak rasmi itu dipaparkan di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Seri Cempaka Majlis Perbandaran Kajang, hari ini.
Pada PRK kali ini, sebanyak 53,520 pemilih biasa didaftarkan namun 109 sudah mengundi secara pos, menjadikan jumlah yang layak mengundi hari ini ialah 53,411 orang.
PRK DUN Semenyih diadakan selepas wakil rakyatnya, Bakhtiar Mohd. Noor, 57, meninggal dunia akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu.
Seramai 54,503 pemilih layak untuk mengundi bagi PRK Semenyih mengikut daftar pemilih sehingga suku ketiga 2018 yang dikemaskini sehingga 11 Januari lalu.
PRK DUN Semenyih merupakan PRK keenam diadakan selepas PRU14 yang berlangsung tahun lalu. Lima PRK terdahulu melibatkan DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong serta di Parlimen Port Dickson dan Cameron Higlands