ATLET olahraga paralimpik negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin mengakhiri saingan acara 400 meter (m) wanita T20 akhir Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik Tokyo dengan catatan 1 minit 01.05 saat (s) pada Selasa.
Catatan tersebut melabuh cabaran atlet berusia 32 tahun berkenaan yang mengakhiri perlumbaan pada kedudukan terakhir dalam kalangan lapan pelumba dalam acara berkenaan.