Bekas Presiden ABIM Siddiq Fadzil meninggal dunia

Iklan

KUALA LUMPUR - Bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Dr Siddiq Fadzil, meninggal dunia di Hospital Pakar An-nur, Bangi, Selangor petang tadi (Selasa).

Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz ketika dihubungi berkata, Allahyarham Siddiq, 74, yang juga Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi 2018 menghembuskan nafas terakhir pada 6.32 petang akibat jangkitan paru-paru.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, ABIM dalam kenyataan di laman Facebook rasmi yang mewakili keluarga Allahyarham Siddiq berkata, jenazah Allahyarham masih berada di hospital.

Selain itu, beberapa pemimpin menerusi laman sosial media masing-masing turut menzahirkan ucapan takziah termasuk Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Timbalan Menteri Perpaduan Negara Senator Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal.

Iklan

Allahyarham Siddiq pernah dilantik sebagai Presiden Kolej Dar al-Hikmah, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia dan Pengerusi Institut Darul Ehsan.

Siddiq meninggalkan seorang isteri Datin Dr Siti Zulaikha Mohd Nor dan tujuh anak. - Bernama

Iklan