India, Taliban berunding di Qatar

Iklan
Delegasi Taliban bertemu dengan wakil pemerintah Afghanistan pada awal minggu lalu. - Foto AFP

NEW DELHI - India dan Taliban berunding mengenai beberapa isu, di Doha, Qatar pada Selasa ketika tentera Amerika Syarikat (AS) melengkapkan proses pengunduran mereka dari Afghanistan.

Rundingan berlangsung antara Duta India ke Qatar, Deepak Mittal dengan Ketua Pejabat Politik Taliban di Doha, Sher Mohammad Abbas Stanikzai, tertumpu berhubung isu keamanan, keselamatan dan proses membawa pulang rakyat India yang masih terkandas di Afghanistan, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar India.

Iklan
Iklan

"Mesyuarat berlangsung di Kedutaan India, Doha, atas permintaan pihak Taliban,” menurut kenyataan itu.

India menyatakan, ia membangkitkan beberapa isu termasuk menuntut jaminan supaya bumi Afghanistan tidak seharusnya dijadikan medan sebarang aktiviti anti-India dan sebarang bentuk keganasan lain dan menurut pegawai Taliban isu itu akan ditangani secara positif.

Iklan

Sebelum tarikh akhir 31 Ogos untuk pengunduran tentera AS dari Afghanistan, India sudah pun membawa keluar ratusan rakyatnya dari negara itu termasuk kakitangan diplomatik.

"Penilaian secara keseluruhan yang kami buat adalah, kebanyakan warga India yang mahu pulang, sudah pun berjaya dibawa keluar,” kata jurucakap Kementerian Luar India pada Jumaat lalu.

Iklan

Tidak diketahui berapa ramai rakyat India masih berada di Afghanistan.

India menjalin hubungan rapat dengan pentadbiran Ashraf Ghani yang disokong AS, sebelum Kabul dikuasai Taliban pada 15 Ogos lalu.

Baru-baru ini, media India melaporkan, Stanikzai berlatih di Akademi Tentera India di Dehradun pada 1980-an. - Bernama