Tanda pagar #Justiceforziyad trending di Twitter

Iklan
Kemenangan Muhammad Ziyad dalam acara akhir lontar peluru F-20 ditarik balik selepas atlet Ukraine membuat bantahan. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Hampir lima jam berlalu namun kemarahan rakyat Malaysia masih belum reda susulan kemenangan pingat emas atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dibatalkan atas faktor teknikal.

Nama Ziyad turut menjadi trending di Twitter ketika ini dengan 290,000 ciapan selain tanda pagar #justiceforziyad dan #shameonukraine yang turut menjadi trending di laman media sosial yang sama.

Kemenangan Muhammad Ziyad dalam acara akhir lontar peluru F-20 ditarik balik selepas atlet Ukraine membuat bantahan dengan mendakwa atlet Malaysia itu tidak berada di bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Iklan
Iklan

Pengguna laman Twitter di Malaysia melepaskan geram dengan serangan secara maya menggunakan tanda pagar #justiceforziyad dan #shameonukraine sebagai tanda protes terhadap tindakan atlet Ukraine yang mahu menafikan kejayaan Muhammad Ziyad memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.94 meter.

"Jika benar mahu protes, lakukannya sebelum acara, bukannya selepas,” ciap seorang pengguna dengan nama @kojie_yama.

Iklan

"Tidak mudah untuk memecahkan rekod dunia, lepas itu senang-senang sahaja rampas pingat emas dia. Sumpah unfair (tidak adil),” ciap @Husjimin.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemenangan Ziyad dibatalkan

Iklan

Ziyad hadiahkan pingat emas kedua negara

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut mengesahkan isu membabitkan penarikan semula pingat emas tersebut dan ia masih lagi dalam perbincangan.

"Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Chef De Mission (CDM) berada di lapangan. Protes Ukraine terhadap tiga negara amat lemah. Ketiga-tiga sedang counter protest. Doakan,” ciapnya di Twitter.

Sehingga jam 11 malam tadi, tiada keputusan rasmi diumumkan dan difahamkan keputusan hanya dapat dimuktamadkan esok.