NEW YORK - Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menyelamatkan seekor haiwan puma yang bentuknya mirip singa dan seberat lebih 36 kilogram dari sebuah unit apartment di Bronx baru-baru ini, kata beberapa pegawai.
Haiwan betina yang berusia 11 bulan dan dipanggil dengan nama Sasha itu tinggal di dalam sebuah unit apartmen tersebut.
Iklan
Iklan
Puma itu diselamatkan pada minggu lalu dalam satu operasi bersama melibatkan polis dan Persatuan Kemanusiaan AS, kata pegawai di bandar raya tersebut dan kakitangan Zoo Bronx.
Pemilik haiwan tersebut menyerahkan puma itu, kata persatuan berkenaan dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ia kemudian dihantar ke Zoo Bronx yang mana ahli veteriner pula melakukan pemeriksaan terhadap haiwan tersebut.
Puma itu seterusnya dihantar ke sebuah pusat pemuliharaan haiwan di Arkansas yang menjaga binatang-binatang yang telah diabaikan.
Seorang pegawai tinggi polis, Dermot Shea berkata, kes tersebut dalam siasatan dan tiada maklumat lanjut diperoleh termasuk tentang pemilik haiwan berkenaan. - AFP