Gelandangan cari waris meninggal dunia

Iklan
Ielyn Nurhanis memuat naik status di Facebooknya mengenai usaha mengesan waris Zulkefly.

SABAK BERNAM - Kisah seorang gelandangan di Kuala Lumpur menderita sakit hingga tular di media sosial kerana mencari warisnya dilaporkan meninggal dunia, petang semalam.

Sukarelawan yang mengikuti misi gelandangan, Ielyn Nurhanis Mahidin, 21, berkata, lelaki itu, Zulkefly Ismail, 54, menemui Illahi selepas lumpuh sejak tiga minggu lalu.

Iklan
Iklan

"Berita pemergian arwah dimaklumkan rakan saya semalam (kelmarin)," katanya.

Ielyn Nurhanis berkata, Zulkefly yang beralamat di Rizab Sarbini Parit 7, Sungai Labu, Sekinchan, mencari waris terdekat ketika sekumpulan sukarelawan termasuk pendakwah, Ustaz Ebit Lew menyantuni gelandangan di ibu kota.

Iklan

"Mulanya kami difahamkan pakcik (Zulkefly) ini mempunyai seorang anak lelaki, tetapi berdasarkan maklumat terbaru dia hidup bujang.

"Semasa kami menziarahi pakcik ini, kita dapati keadaannya terlalu uzur," katanya.

Iklan

Pihaknya bersyukur kerana seorang waris terdekat ditemui bagi memaklumkan keadaan sebenar Zulkefly.

"Sebentar tadi, rakan saya memaklumkan waris terdekat dah menemui arwah dan sempat menguruskan jenazahnya," katanya.

Selasa lalu, Ielyn Nurhanis yang menggunakan nama sama pada akaun Facebooknya meminta orang ramai terutama berdekatan Sekinchan mengesan waris kepada Zulkefly.

Dalam status itu, Ielyn Nurhanis berkata, lelaki itu terputus hubungan dengan seorang anak lelakinya.

"Moga urusan pencarian waris pak cik ini diredhai ALLAH SWT," katanya.

Sementara itu, Ielyn Nurhanis turut memuat naik video Ebit Lew menyantuni lelaki terbabit yang ketika itu tidak berbaju dan memakai seluar slack.

Status itu menerima sebanyak 86 reaksi pelbagai tanda dan 42 komen.