SHAH ALAM - Kesedaran pengguna untuk membayar bil pembetungan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) semakin meningkat.
Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Faizal Othman berkata, ia adalah hasil inisiatif IWK turun padang mendekati masyarakat untuk menerangkan fungsi syarikat pembentungan nasional itu.
"Walaupun bil IWK ini antara yang terendah, namun kutipan pembayarannya adalah satu cabaran. Namun, melalui interaksi dengan masyarakat, kita nampak ada peningkatan kesedaran dan mereka sudah mula membayar bil IWK.
"IWK juga menyediakan pelbagai platform seperti e-billing dan transaksi online bagi memudahkan pembayaran. Kita gembira dengan peningkatan pembayaran ini yang melebihi 90 peratus,” katanya dalam Wacana Sinar Harian ke-77 bertajuk ‘IWK: Bukan Sekadar Kumbahan’, semalam.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Indah Water lancar perkhidmatan IWK e-Bill ]
Bagaimanapun, menurut beliau, tarif dikenakan masih tidak mencukupi untuk menampung kos operasi yang semakin meningkat.
"Ini kerana setiap tahun kita menerima teknologi baharu dengan loji-loji yang menepati piawaian. Jadi tentunya kos meningkat, dengan tarif mendatar.
"Tetapi dengan sistem-sistem baru ini kita akan pastikan beroperasi dengan cara paling efisien. Dalam tempoh tiga tahun ini, kita sudah jalankan beberapa kaedah untuk mengoptimumkan kos operasi serta penggunaan alat mekanikal yang lebih efisien,” katanya.
Selain Faizal, wacana ini turut menampilkan Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Pujil dan Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Teo Yen Hua sebagai panel. Manakala, Nazri Kahar bertindak sebagai moderator.