Tentukan semula arah kompas negara: Rafidah

Iklan
Rafidah

SHAH ALAM – Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz mengajak rakyat tentukan semula arah haluan kompas negara bagi memastikan mereka merdeka daripada nilai-nilai perosak.

Ujar beliau, rakyat perlu sama-sama berusaha mengikis unsur-unsur yang berasaskan rakus dan tamak kuasa sehingga menyebabkan kerajaan umpama telur di hujung tanduk.

Iklan
Iklan

"Bersama-sama lah kita berusaha untuk memerdekakan masyarakat dan negara kita daripada unsur-unsur yang hanya membawa kita berundur ke belakang. Membawa masalah, ganggu gugat dan kerosakan.

"Kita pastikan kita merdeka daripada nilai-nilai perosak yang hanya menjadikan kita sedih dan kecewa,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Dalam pada itu, Rafidah mempersoalkan erti merdeka jika negara yang sebelum itu terkenal dengan prestasi cemerlang oleh dunia, kini dipandang negatif.

"Apa erti merdeka, jika anak-anak muda hanya ditinggalkan dengan legasi korupsi dan kleptokrasi.

Iklan

"Masa depan mereka kabur, belum jelas hala tuju dan destinasi,” ujarnya.

Menurutnya, rakyat masih boleh menentukan hala tuju masa depan negara untuk generasi yang akan datang.

"Kita rakyat adalah penentu apa yang membentuk dan mencorak peninggalan warisan kepada generasi kita.

"Seterusnya terpulang kepada kita untuk menentukan apa erti merdeka yang sebenar-benarnya,” jelasnya.