LEMBAGA Getah Malaysia (LGM) hari ini memaklumkan bahawa Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil tidak diaktifkan bagi Ogos 2021 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Dalam kenyataannya, LGM menjelaskan, mulai Januari 2019, IPG akan hanya diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 Percuma Atas Kapal (FOB) di paras RM6.10 sekilogram manakala harga di peringkat ladang di paras RM2.50 sekilogram ke bawah.