Taufan Ida: New Orleans kuat kuasa perintah berkurung

Iklan
Perintah berkurung dikuat kuasa di seluruh New Orleans ekoran taufan Ida membadai bandar raya itu. Foto AFP

WASHINGTON - Perintah berkurung dikuat kuasa di seluruh New Orleans ekoran taufan Ida membadai bandar raya itu, kata Datuk Bandar, LaToya Cantrell.

"Perintah berkurung itu bermula 8 malam hingga 6 pagi (CDT) berkuat kuasa serta merta," kata Cantrell pada Selasa, lapor Sputnik.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Ketua Polis New Orleans, Shaun Ferguson mengingatkan penduduk yang berpindah agar tidak pulang ke kediaman mereka berikutan bekalan elektrik belum pulih sepenuhnya.

Ferguson berkata, jalan raya masih dipenuhi sampah sarap dan berbahaya untuk pemanduan waktu malam kerana lampu isyarat tidak berfungsi.

Iklan

Beliau menambah beberapa kes kecurian juga dilaporkan berlaku.

Taufan Ida yang melanda Louisiana pada Ahad itu diklasifikasi sebagai ribut Kategori 4. - Bernama

Iklan