KK Supermart bantu golongan terkesan Covid-19

Iklan
Wakil KK Supermart (kanan) bersama salah seorang penerima pakej Bantuan Prihatin di Kuala Lumpur.

SYARIKAT rantaian kedai serbaneka, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Supermart) terus fokus membantu golongan yang terjejas akibat Covid-19 sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-64 pada tahun ini.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif KK Supermart, Datuk Seri Dr KK Chai berkata, KK Supermart telah menerima sebanyak 30,000 panggilan daripada individu yang memerlukan bantuan makanan dari seluruh negara sejak Julai lepas.

Iklan
Iklan

"KK Supermart menitikberatkan kebajikan rakyat. Kadar pengangguran di negara kian meningkat dan isu berkaitan kebajikan rakyat perlu dijadikan keutamaan terutama yang telah berkeluarga.

"Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya berasa amat bertanggungjawab untuk membantu seramai yang mampu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Beliau berkata, sepanjang kempen Bantuan Prihatin, sebanyak 15,000 pakej bantuan prihatin telah diberikan kepada individu dan keluarga yang memerlukan di sekitar negara ini.

"Pakej Bantuan Prihatin ini memberikan keperluan asas kepada seisi keluarga yang berjumlah RM30 sehingga RM50,” katanya.

Iklan

Mengulas lanjut, Chai berkata, sempena Hari Kemerdekaan, KK Supermart telah mengedarkan 100,000 keping pelitup muka edisi terhad KK Supermart dan Jalur Gemilang kepada orang awam di sekitar Kuala Lumpur.

Katanya, KK Supermart juga menggantung kain rentang yang bercorak Jalur Gemilang setinggi lima tingkat di outlet KK Supermart yang terletak di Jalan Sultan, Kuala Lumpur bagi memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan tahun ini.