Kerajaan ambil langkah berhati-hati buka sektor pelancongan

Iklan
Nancy Shukri - Foto MOTAC

PUTRAJAYA - Kerajaan masih mengambil langkah berhati-hati dalam keputusan untuk menerima pelancong luar atau membenarkan rakyat Malaysia melancong ke luar negara.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, negara tidak boleh semudahnya mengikut contoh negara lain dalam isu pembukaan sektor pelancongan.

Iklan
Iklan

"Kita masih memerhati kerana sebelum ini bila orang kata Thailand buka negara mereka kepada negara luar, jadi kita perlu contohi mereka.

"Tapi kita lihat selepas beberapa hari, mereka (Thailand) ‘lockdown’ balik. Jadi apa yang kita buat adalah kita ambil langkah berhati-hati.

Iklan

"Kita pantau adakah selamat untuk rakyat kita melancong dan apakah syarat yang dikenakan oleh Thailand. Ini kerana mungkin mereka terima rakyat kita tapi negara kita masih sangat berhati-hati untuk benar atau larang,” katanya pada sidang akhbar di bangunan MOTAC di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan mengenai kemungkinan Malaysia akan mencontohi Thailand untuk mula membuka sektor pelancongan kepada negara luar.

Iklan

Mengulas lanjut, Nancy berkata, selain Langkawi, pihaknya turut terbuka untuk membenarkan beberapa pulau lain bagi membuka kembali operasi pelancongan mereka.

Katanya, selain pulau, MOTAC juga telah mengadakan perjumpaan dengan beberapa pengendali destinasi pelancongan lain.

"Apa yang kita akan kongsikan dengan mereka (kawasan peancongan) adalah kita pastikan mereka mengetahui prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Perkara (kebenaran beroperasi) ini akan dibincangkan kemudian tetapi mereka boleh memohon untuk membuka tempat mereka,” ujarnya.