DUNGUN - Polis sedang menyiasat satu kes perbuatan khianat di tempat ibadat selepas menerima aduan mengenai penemuan najis di atas sejadah imam dan kesan air kencing di dinding surau di Bandar Al-Muktafi Billah Shah di sini.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pengadu turut mendakwa paip air di surau berkenaan juga sengaja dibiarkan terbuka, manakala beberapa al-Quran ditemui dibuang berselerakan di kawasan kebun yang berhampiran.