Puteri Jepun lepaskan status kerabat, kahwini rakyat biasa tahun ini

Iklan
Puteri Mako bakal mengahwini Kei Komuro akhir tahun ini.

ANKARA - Anak saudara kepada Maharaja Jepun kekal dengan keputusan untuk mengahwini teman lelakinya dan melepaskan status diraja, lapor media tempatan pada Rabu.

Puteri Mako bakal mengahwini Kei Komuro akhir tahun ini dan perkahwinan itu akan berlangsung tanpa upacara ritual yang berkaitan, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kyodo News.

Iklan
Iklan

Ini menjadikan Mako, puteri sulung Putera Mahkota Fumihito sebagai wanita pertama tidak melangsungkan perkahwinan mengikut tradisi selepas Perang Dunia II.

Pasangan berusia 29 tahun itu pertama kali bertemu di universiti di Tokyo pada 2012 dan kemungkinan memulakan kehidupan baharu di Amerika Syarikat.

Iklan

Di bawah peraturan semasa, wanita daripada keluarga diraja dilucutkan status kerabat jika mengahwini rakyat biasa.

Adinda Mako, Putera Hisahito, 14, kini berada di kedudukan kedua mewarisi takhta dan satu-satunya pewaris generasinya di bawah undang-undang diraja Jepun, berdasarkan peraturan"hanya lelaki dengan salasilah keturunan maharaja" layak mewarisi takhta. - Bernama

Iklan