KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Bekalan air di 463 kawasan yang terjejas akibat Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dihenti tugas susulan pencemaran bau pada Selasa, pulih sepenuhnya pada pukul 6 pagi tadi.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata, kawasan berkenaan meliputi wilayah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat.
Iklan
Iklan
"Air Selangor ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.
"Para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor. -Bernama
Artikel Berkaitan