Premier Channel platform informasi rakyat Perlis

Iklan
Azman. - Foto Bernama

KANGAR - Kerajaan Perlis akan memperkenalkan saluran berita berasaskan web yang dikenali sebagai Premier Channel sebagai platform untuk menyampaikan informasi terkini kepada rakyat di negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Azman Mohd Yusof berkata, sudah tiba masanya kerajaan negeri mengunakan media sosial sebagai salah satu medium untuk menyampaikan maklumat rasmi, sahih dan terkini dan idea mengenai Premier Channel itu terkandung dalam rangka Pelan Digital Perlis 2021.

Iklan
Iklan

"Maklumat perlu disampaikan terus kepada orang ramai bagi mengelak berlakunya kekeliruan dan daripada pemerhatian, berita atau maklumat yang disalurkan menerusi media sosial cepat diterima dan difahami oleh rakyat,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Justeru, beliau telah mengadakan perbincangan dengan ketua jabatan di negeri ini dan memberi galakan kepada mereka untuk mengunakan platform ini sebagai medium untuk menyampai maklumat dan mesej kerajaan kepada rakyat.

Iklan

Pada peringkat permulaan, Premier Channel yang kini bersiaran secara ujian sejak awal Ogos lepas akan bersiaran secara berperingkat sebelum ia bersedia untuk bersiaran setiap hari.

"Orang ramai boleh mengikuti siaran Premier Channel menerusi Facebook rasmi Pejabat SUK Perlis,” katanya. -Bernama

Iklan