MIRI - Seorang lelaki warga emas rentung apabila kereta jenis Honda yang dipandunya terbakar dalam kemalangan di Jalan Taman Awam di sini, lewat malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak dalam kenyataan pada Khamis berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima kira-kira pukul 10.50 malam sebelum sebuah jentera dengan kekuatan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri dikejarkan ke lokasi kejadian.