Niaga hadapan KLCI dibuka tinggi

Iklan

KONTRAK niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini, menjejaki pergerakan yang lebih baik dalam kadar asas pasaran tunai.

Pada jam 9.35 pagi, September 2021 meningkat 6.5 mata kepada 1,582.50, Oktober 2021 naik 5.5 mata kepada 1,580.50, Disember 2021 menambah 5.0 mata kepada 1,575.50 dan Mac 2022 menokok 4.0 mata kepada 1,564.00.

Iklan
Iklan

Jumlah dagangan sebanyak 1,156 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,347 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI naik 3.01 mata kepada 1,589.90 selepas 35 minit dagangan. -Bernama

Iklan
Iklan