Moderna akui vaksin keluarannya dicemari partikel keluli

Iklan
Jepun menghentikan penggunaan vaksin Covid-19 keluaran syarikat Moderna dari Amerika Syarikat selepas ia didapati tercemar dengan bahan asing. - Foto AFP

WASHINGTON - Syarikat bioteknologi, Moderna berkata pada Rabu bahawa kumpulan vaksin Covid-19 keluarannya yang tercemar di Jepun dicemari dengan partikel keluli tahan karat.

Bagaimanapun, ia tidak menyangka ia akan membawa risiko keselamatan terhadap para penerimanya.

Iklan
Iklan

Syarikat tersebut menerima tamparan di negara tersebut apabila lebih satu juta dos vaksin keluarannya digantung.

Penggunaan digantung selepas Jepun menemui terdapat bahan asing di dalam botol-botol vaksin keluaran Moderna.

Iklan

Pihak berkuasa turut menyiasat kematian dua lelaki yang menerima dos dari vaskin yang telah dicemari itu.

Bagaimanapun, punca kematian sebenar mereka masih belum diketahui lagi.

Iklan

Buat masa sekarang, Moderna berkata, tidak ada bukti bahawa dua kematian tersebut mempunyai kaitan dengan vaksin berkenaan dan siasatan sedang berlaku bagi mengetahui punca dua lelaki berkenaan meninggal dunia.

Pada minggu lalu, Jepun menggantung penggunaan 1.63 juta dos Moderna di seluruh negara itu.

Ia adalah disebabkan oleh penemuan bahan asing di dalam botol-botol vaksin keluaran syarikat bioteknologi tersebut. - Agensi