Video juruterbang puji Pakistan bangkit kemarahan di India

Iklan
Abhinandan Varthaman turut memuji layanan baik tentera Pakistan sepanjang ditawan.

NEW DELHI - INDIA. Video memaparkan Komander Sayap Abhinandan Varthaman memuji pihak yang menangkapnya telah membangkitkan kemarahan di India.

Media mendakwa Varthaman dipaksa membuat video berkenaan sebelum dibebaskan semalam.

Iklan
Iklan

Varthaman ditawan tentera Pakistan selepas jetnya ditembak jatuh pada Rabu, ketika merentasi Garisan Kawalan (LoC) sempadan de facto yang memisahkan Kashmir yang ditadbir kedua-dua negara.

Dalam video yang diedit oleh tentera Pakistan sebelum dibebaskan, beliau memuji profesionalisme tentera Pakistan dan mengkritik media India kerana mewujudkan histeria perang.

Iklan

"Anggota tentera menyelamatkan saya dari kumpulan orang ramai. Tentera Pakistan sangat profesional dan saya kagum dengannya,” katanya.

Media India membidas video itu sebagai"tidak senonoh” dan mengatakan ia melanggar norma-norma antarabangsa untuk tawanan perang.

Iklan

"Tidak ada perdamaian tanpa martabat dan Pakistan hanya lupa pelajaran asas dalam pelanggaran konvensyen Geneva,” tulis editor kumpulan India Today, Rajdeep Sardesai, hari ini.

Penangkapan juruterbang itu menjadi punca permusuhan utama sejak pengeboman bunuh diri di Kashmir bulan lalu yang membunuh 40 anggota separa tentera India. - Agensi