PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbangkan untuk membekalkan kit ujian kendiri Covid-19 secara percuma kepada golongan B40.
Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pada masa ini harga siling kit ujian pantas Covid-19 ditetapkan pada RM19.90 untuk jualan runcit dan RM16 bagi harga borong.