Kakitangan JKM maut kemalangan

Iklan
Keadaan kemalangan yang meragut ngawa seorang kakitangan JKM Kuala Krai di Kilometer 38, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, Machang pada Khamis.

MACHANG - Seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Krai maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 38, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Che Khairul Azwan Che Ab Rahman, 34.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy berkata, siasatan awal mendapati, lori yang dipandu lelaki berusia 27 tahun itu dari arah Kuala Krai menghala ke Kota Bharu.

"Lori itu kemudian berhenti di tengah jalan untuk membelok ke sebelah kanan memasuki simpang kedai perabot," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Iklan

Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, sebuah lagi lori yang datang dari arah belakang telah melanggar lori dipandu oleh lelaki tersebut.

Beliau berkata, akibat daripada perlanggaran itu, lori tersebut telah terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dipandu oleh Che Khairul Azwan.

Iklan

Ganti berkata, akibatnya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.