KUCHING - Kes baharu Covid-19 di Sarawak sekali lagi merekodkan kes tertinggi sejak pandemik melanda negeri itu sejak Mac tahun lalu apabila sebanyak 2,992 kes baharu dilaporkan hari ini yang menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri itu sebanyak 121,164.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya pada Khamis memaklumkan sebanyak tujuh kematian baharu turut dicatatkan akibat jangkitan wabak itu, sekali gus menjadikan jumlah kes kematian kini meningkat kepada 540 orang.