Leik Hou tetap mahu berikan yang terbaik

Iklan
Atlet badminton paralimpik negara Cheah Liek Hou. - Foto Bernama

BIARPUN sudah mengesahkan slot ke separuh akhir acara badminton perseorangan lelaki bagi kategori S5 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, pemain badminton para negara, Cheah Leik Hou tetap menyasarkan untuk memberikan aksi terbaik apabila berdepan pemain badminton para Jepun, Taiyo Imai bagi saingan terakhir peringkat Kumpulan B, pada Jumaat.

Malah menurut Leik Hou, mahu memberikan aksi yang lebih baik ketika berbanding ketika menewaskan pemain Brazil, Vitor Goncalves Tavares, pada Khamis dan Eldarory Ahmed Mady Amin (Mesir), pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Memang saya yakin untuk perlawanan seterusnya untuk menentang pemain Jepun itu kerana saya telah menang dua perlawanan berturut-turut dan harap dapat tunjukkan prestasi yang lebih bagus berbanding hari ini.

"Hari ini (Khamis), angin agak kuat saya tak dapat kawal dan esok (Jumaat), saya harap dapat mengawalnya dan dapat tunjukkan prestasi yang lebih baik.

Iklan

"Tekanan memang ada untuk saya, tetapi saya cuba untuk tunjukkan prestasi yang bagus dan gunakan semua pengalaman saya untuk kawal dan kurangkan tekanan yang ada,” katanya menerusi sidang media atas talian pada Khamis.

Liek Hou yang juga pemain para ranking kedua dunia, mengesahkan slot ke separuh akhir setelah menewaskan pemain Chinese Taipei, Jen Yu Fang 21-13, 21-9 pada Khamis dan Eldakrory Ahmaed Magdy Amin (Mesir) 21-3, 21-2 Rabu lalu.

Iklan

Sementara itu Leik Hou mengakui tahap permainan yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemain badminton para yang ditentangnya setakat ini agak jauh berbeza berbanding sebelum ini.

Katanya, kedua-dua pemain berkenaan telah beraksi dengan lebih baik berbanding sebelum ini dan sekali gus menunjukkan bahawa mereka telah benar-benar bersedia untuk temasya Paralimpik kali ini.

"Memang ada kelainan yang ditunjukkan, mereka jadi lebih bagus dan menunjukkan mereka telah bersedia untuk Paralimpik kali ini.

"Cuma saya akan ingat pesanan jurulatih supaya selalu bertenang supaya dapat mengawal permainan,” katanya.